, ,

INILAH DIA RAJA HACKS, RAJA SUNQUICK!

Sebagai tanda terima kasih kerana menulis mengenai gula-gula syarikatnya beberapa bulan lalu, jutawan ‘low profile’ Datuk Seri BarkathAli pagi tadi menerbangkan aku khas dari KL ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri secara eksklusif bagaimana menghasilkan gula-gula Hacks, gula-gula nombor satu rakyat Malaysia! Ini mmg RARE bro…jarang orang luar dapat peluang tgk production Hacks ni!

Ramai yg tidak tahu, gula-gula herba yang berasal dari England kini dah jadi milik rakyat Malaysia dan sekarang merupakan pengeluar tunggal Hacks antarabangsa. Ini secara tak langsung menjadikan Barkath – RAJA HACKS DUNIA!

” Arwah bapa saya Hj Abu Backer pada pertengahan tahun 50an dah lihat potensi gula-gula ini dan berjaya menyakinkan pembuatnya di England untuk memberinya hak sbg ejen Hacks di Malaya dan Singapura.

” Hasil kesungguhan arwah, beliau berjaya mendapatkan hak untuk menghasilkan sendiri Hacks di negara ini dan kami akhirnya berjaya mendirikan kilang di Mak Mandin, P. Pinang. Kini Hacks jadi milik kami…milik kita RAKYAT MALAYSIA SEPENUHNYA!,” kata Barkath, WOW!!!

Bila aku sampai saja di kilang Hacks dgn Mercedes Benz S Class milikBarkath, mata dan tekak aku dah mula ‘berangin’..bukan sebab marah, tetapi kesan seperti ‘menthol’ seperti mana kita makan Hacks.

Mula-mula gula-gula Hacks dimasak terlebih dahulu hingga menjadi sangat pekat seperti dodol. Kemudian ia dipotong kecil-kecil sebelum dibungkus seperti mana yg kita beli di kedai-kedai. Nampak mcm mudah tetapi ia menjalani proses kawalan mutu yg sgt ketat. Siap ada jurumakmal yg akan test gula-gula itu dlm lab utk memastikan kualitinya..kalau ‘lari’ sedikitpun spesifikasinya – Hacks itu akan kena reject!

Dan sebagai tanda penghargaan pada peminat Hacks, Barkath akan memberi hadiah wang tunai berpuluh ribu ringgit pada mereka yg bertuah. Korang hanya perlu beli Hacks dan tangkap gambar korang bersama gula-gula tu! Nak detail korang pergi je www.hacksmalaysia.com

Itu cerita Hacks, OK, pernah tak minum air SUNQUICK?

Aku rasa majoriti rakyat Malaysia pernah minum air SUNQUICK terutama di bulan Ramadan begini. Tetapi tahukah anda, kilang SUNQUICK kedua terbesar di dunia bukan milik rakyat Denmark (negara pencipta jus ini), JUGA adalah milik Barkath!

Menurut Barkath, ramai yang tak tahu Kumpulan Barkath-lah yang membawa masuk jus SUNQUICK dari Denmark ke Malaysia sejak 35 tahun lalu.

Kini daripada asalnya hanya mengimport, Kumpulan Barkath berjaya memperoleh franchais eksklusif untuk menghasilkan dan membotolkan sendiri jus tersebut di negara kita! Gempak seh!

So tadi aku melawatlah kilang SUNQUICK yg serba moden dan canggih itu. Besar gila! Proses membuat SUNQUICK bermula dengan mengimport pati jus itu dari negara kelahirannya, Denmark. Bertong-tong bro. Bila dah sampai sini, pekerja kilang ini akan mencampurkan beberapa bahan lain bersama pati itu, dimasak sebelum dimasukkan ke dalam botol dan dibungkus. Menariknya mereka tidak menggunakan sebarang perasa, pewarna mahupun pemanis tiruan.

Bagi memastikan kebersihan dan kesucian SUNQUICK, jusnya telah mendapat pengiktirafan HALAL manakala botol-botolnya pula perlu melalui sistem pemanasan mcm nak matikan kuman la gittew.

Dan kini, SUNQUICK berjaya menguasai 40 peratus pasaran jus di negara ni. Tak lama lagi Barkath nak hasilkan pula air kotak SUNQUICK, yg pertama seumpamanya di Malaysia!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *