,

BAZUKI…DARI ARKITEK KE JURUGAMBAR BERTARAF DUNIA!

MENCARI sesuatu kelainan memang sukar, namun bidang fotografi yang luas bukan penghalang untuk seseorang pergi lebih jauh dalam menghasilkan gambar yang menarik dan menyimpan seribu satu makna.

Walaupun gambar yang diambil hanyalah acara di sidang media, ia boleh menjadi sesuatu yang lebih bermakna dan menarik sekiranya seorang jurugambar itu mempunyai idea untuk menghasilkan gambar yang kreatif dan memberi kesan kepada pembaca.

Begitulah pendapat dan petua yang diberikan oleh seorang jurugambar profesional yang terkenal di kalangan pengamal dan peminat fotografi, Bazuki Muhammad.

“Jurugambar muda sekarang perlulah sentiasa mencari idea dan menghasilkan kreativiti tersendiri yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain hanya dengan melihat sebuah gambar. Belajar daripada kesilapan dan cari sebanyak mungkin maklumat mengenai fotografi. Sekarang pun banyak maklumat boleh didapati dari Internet mengenainya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui tidak lama dulu.

Penah bertugas sebagai jurugambar Reuters, sebuah agensi berita antarabangsa, Bazuki boleh berbangga kerana dia telah berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan jurugambar profesional bertaraf dunia.

Malah hasil kerjanya banyak mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.

“Seperti biasa tiada jalan mudah untuk berada dalam kelompok jurugambar profesional, kena bekerja keras dan sentiasa memikirkan sesuatu yang kreatif. Walaupun ia adalah arahan ketua, kita boleh sentiasa mencuba dengan idea sendiri dan membandingkannya dengan apa yang mereka (ketua) mahukan,” katanya.

PEMBABITAN AWAL

Beliau yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan ini sebenarnya memiliki Ijazah Seni Bina dari Louisiana State University, Amerika Syarikat dan menetap di sana selama 10 tahun, pulang ke tanah air untuk bekerja sebagai jurugambar profesional.

Bazuki yang meminati seni fotografi mula menceburkan diri secara serius semasa belajar di tahun pertama di AS pada usia 17 tahun, disertai dengan bakat seni yang diwarisi daripada bapanya, seorang pelukis.

Selepas tujuh tahun belajar dalam bidang seni bina dan tujuh tahun lagi bekerja sebagai arkitek, Bazuki merasakan sampai masa dia melaksanakan apa yang diminatinya dengan bekerja sebagai seorang jurugambar.

Setelah bekerja di bawah agensi asing, Bazuki puas hati dan bangga dengan tugasnya serta diberi kepercayaan penuh oleh majikannya dalam mendapatkan gambar berita berkisarkan negara Malaysia.

KENAPA FOTOGRAFI, BUKAN SENI BINA?

Swede Olof Carlsson (R) comforts his Thai girlfriend, Oi, and her relatives during the cremation of her relative who was killed by the December 26, 2004 tsunami in Thap Lamu, about 900 km (560 miles) south of Bangkok, in this December 29, 2004 file photo. REUTERS/Bazuki Muhammad/Files

 

Mungkin ramai akan bertanya kepada Bazuki, mengapa meninggalkan dunia seni bina yang boleh memberikan masa depan yang jauh lebih baik daripada menjadi seorang jurugambar?

Baginya, fotografi adalah kerjaya yang benar-benar sesuai dan sebati dengan jiwanya dan memberikannya satu kepuasan hidup.

“Apabila pekerjaan menjadi hobi, ia bukan pekerjaan lagi. Ia suatu pengalaman dalam meneroka pelbagai peluang. Inilah yang menjadi moto saya,” katanya.

Sebagai seorang jurugambar, Bazuki mempunyai keistimewaan dalam mengambil gambar pelbagai acara.

Beliau berkata pengalamannya ketika membuat tugasan di luar negara juga banyak mengajarnya pelbagai erti kehidupan manusia yang tidak mungkin mudah diperolehi oleh orang lain.

“Semasa di Afghanistan, saya belajar bahawa peperangan sebenarnya memusnahkan tamadun manusia dan merugikan.

“Saya paling hargai pengalaman di sana. Ia membuka mata dan minda saya bukan dari segi fotografi sahaja, tetapi sebagai seorang manusia. Melihat kekejaman yang berlaku dan ketika dalam keadaan tidak ada makanan, ia sukar,” katanya.

Di Thailand pula, pengalaman membuat liputan peristiwa tsunami memberi kesan mendalam kepadanya di mana dia terpaksa melihat dan turut mengangkat mayat yang sudah reput dan ia benar-benar menginsafkannya.

As the title mention the disaster effect and the lost soul caused by Tsunami.
Bazuki uses hope in order to enrich his picture and gives its even more meaningful to it. A corpse hand sticking out to the skies, this shows mercy that they had suffered. This picture emphasizes that even though disaster devours us, life still moves on.

 

“Bagaimanapun saya tahan menghadapinya kerana sebelum ini saya telah diberi latihan dari segi emosi dalam menghadapi pelbagai perkara seperti itu.

“Saya boleh lupakan peristiwa itu walaupun pada masa itu terpaksa balik ke hotel dengan bau mayat…ia adalah pengalaman dari segi kemanusiaan,” katanya.

ANUGERAH

A young Hindu devotee takes a shower before starting his pilgrimage to the sacred Batu Caves temple during Thaipusam festival in Kuala Lumpur on January 31, 2007. Thousands of Hindus, who comprise over eight percent of the 26 million Malaysia’s population, participate in the annual Hindu thanksgiving festival, in which devotees subject themselves to painful rituals in a demonstration of faith and penance, held in honour of Lord Subramaniam. REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA)

Bazuki berkata bukan mudah bekerja sebagai jurugambar untuk agensi asing, lebih-lebih lagi dia terpaksa bersaing dengan jutaan lagi jurugambar profesional antarabangsa yang sentiasa menghasilkan gambar-gambar yang menarik.

Hasil kerja Bazuki juga banyak memenangi beberapa anugerah antarabangsa sebagai mengiktiraf hasil kreativitinya dalam fotografi kewartawanan, antaranya “2005 Malaysian Architecture Awards” dan “Asia Young Sports Picture of the Year” bagi tahun 2002 dan 2003.

Hasil kerja Bazuki boleh dilihat dengan melayari laman web www.bazuki.com.