,

DR. YAHYA LAKUKAN LEBIH 5,000 BEDAH JANTUNG!


Apa itu pembedahan jantung terbuka? Saya bukanlah mahir terma perubatan ni tetapi basically ia merujuk kepada pembedahan melibatkan pembukaan rongga jantung dengan menggunakan bantuan mesin.

Operasi ini sangat berisiko tinggi dan bukan calang-calang pakar bedah jantung yang boleh melakukannya. Namun ada seorang anak Melayu yang memang kehebatannya dalam dunia perubatan bukan saja diakui di rantau ini, tetapi juga di peringkat dunia. Beliau tidak lain dan tidak bukan – Dr. Yahya Awang.

Sejak lulus dari fakulti perubatan Monash University, Australia pada tahun 1974, Dr. Yahya dah melakukan beribu-ribu pembedahan jantung dan melatih lebih 50 orang anak tempatan untuk menjadi pakar bedah jantung. Walaupun pernah menjadi pakar bedah jantung di Brompton Hospital London, Dr. Yahya mengambil keputusan untuk menabur bakti di tanah air pada tahun 1983 dan sanggup bertugas di HKL yang ketika itu mempunyai peralatan pembedahan jantung yang terhad. Dalam keterbatasan itu pun, Dr. Yahya telah membedah lebih 1,000 pesakit jantung di hospital berkenaan!

Nama beliau mula menjadi sebutan apabila mengetuai pasukan perubatan yang membuat pembedahan jantung terbuka ke atas Dr. Mahathir pada tahun 1989. Ini komen Dr. M mengenai Dr. Yahya seperti mana tulisannya dalam buku biografinya.

————————————————-

” Mereka memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan kita. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara, tetapi saya tahu yang Datuk Dr. Rozali Wathooth telah berjaya melakukan pembedahan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur.

” Beliau bagaimanapun sudah meninggalkan hospital Kerajaan dan bekerja dengan Pusat Perubatan Subang Jaya atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun masih ada pakar jantung yang lain di Hospital Besar Kuala Lumpur, termasuk Dr. Yahya Awang. Saya tahu Dr. Yahya mempunyai banyak pengalaman dan saya memutuskan untuk menyerahkan nasib saya kepada beliau.

” Saya bertanya Dr. Yahya bagaimana beliau dan pasukannya akan membelah dada saya. Katanya, mereka menggunakan gergaji elektrik. “Terima kasih banyak-banyak,” jawab saya, sambil menambah: “Tak perlulah saya tahu lebih lanjut lagi.”

(petikan The Doctor In The House)

————————————————————

Dr. Yahya juga berjaya mencipta sejarah dalam dunia perubatan negara apabila berjaya melakukan pembedahan PEMINDAHAN JANTUNG pertama di Malaysia pada tahun 1997.

Terlalu banyak kalau nak cerita tentang kehebatan dan sumbangan anak Melayu ini, yang pasti jasa beliau tidak dapat ditukar ganti sampai bila-bila. Itulah the one and only…TAN SRI DR YAHYA AWANG. Salute!

Artikel ini telah disiarkan di Facebook Syahril A.Kadir pada 22 Mei 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *