,

DULU HANTAR GAS, KINI JUTAWAN LANGSIR

RAMAI yang minta aku teruskan penceritaan mengenai kisah jutawan dah ahli-ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ni. Aku bukan apa, kengkadang seriously sakit hati je baca komen-komen ‘orang kita’ kononnya apalah sangat nak kejar kekayaan, NI semua dunia akhirnya mati bawa kain putih juga, ala…dia tu kaya sebab kroni…ala Cina macam mana tak kaya, asyik menipu je bla bla bla.

Betul sebagai orang Islam, yang kita cari adalah keberkatan dan bekalan akhirat tetapi Islam juga mahu umatnya berniaga, umatnya kaya raya, umatnya berjaya..kerana apa? Kerana ini boleh membantu saudara-saudara kita yang susah, ini bagi membuatkan agama kita dipandang tinggi malah Rasulullah SAW sendiri adalah peniaga yang sangat berjaya di zamannya. So tak salah kalau kita hendak mencontohi semangat juang mereka yang berjaya ni…yang penting bab-bab negatif tu kita janganlah ikut, so apa yang payahnya?

Argghhhh lantaklah nak kata apapun. Pagi Jumaat yang penuh barokah ini abam nak belanja kisah seorang budak kampung yang hanya ada SPM, yang asalnya hanya penjual tong gas dan kini dalam usia baru pertengahan 30’an dah bergelar JUTAWAN LANGSIR dan mempunyai sebuah showroom yang terbesar di Asia Tenggara! Pemuda yang aku maksudkan ini adalah Datuk Calvin Khiu, CEO dan pengasas MK Curtain Group of Companies.

Lahir di sebuah kampung dekat Bukit Gambir, Johor, Calvin datang dari keluarga yang susah dan tidak berpelajaran tinggi. Seawal usia 12 tahun lagi, Calvin dah bekerja untuk meringankan beban kewangan keluarganya. Habis saja SPM, Calvin meneruskan pelbagai usaha untuk mengubah nasibnya. Antaranya jadi penghantar tong gas memasak dan juga salesmen menjual langsir.

Sebagai salesman dengan sebuah kedai textile, Calvin banyak belajar selok-belok berkaitan perniagaan tersebut. Pada tahun 2005, Calvin dan isterinya Moon Sze Fui nekad untuk membuka kedai langsir mereka sendiri. Tidak cukup dengan hanya menjual langsir, kedua suami isteri itu juga turut menjual cadar, wallpaper, kusyen, karpet dan peralatan perhiasan rumah. Kini, setelah 11 tahun, setelah bermula dengan sebuah kedai kecil, Calvin dan isterinya telah membuka 25 cawangan dan mempunya sebuah showroom seluas 99,000 kaki persegi! Dan dalam usia 33 tahun, Calvin telah mendapat kurniaan anugerah Datuk!

” Alang-alang kita dok berfikir, apakata kita fikir yang BESAR-BESAR terus? Tanya diri sendiri, nak susah-susah sekarang ke atau kemudian hari? Saya pilih susah sekarang kerana lepas ni saya hanya nak menikmati hasilnya saja,” kata Calvin. Terbaru, Calvin bakal menjual beg tangan pula…tetapi bukan sebarang beg tangan, tetapi beg tangan menggunakan ‘pure cotton canvas’ dan teknologi nano dengan jenama Chairlarry.

Impian Calvin hanya 3 perkara. Pertama, nak wujudkan lebih ramai jutawan muda; kedua nak memperkenalkan Nilai 3 di mata dunia dan yang ketiga untuk memberi bantuan dan semangat kepada kakitangannya untuk membuka perniagaan mereka sendiri suatu hari nanti.

” Saya percaya kita akan berjaya KALAU kita bantu orang untuk berjaya…di sini saya layan semua staff saya macam ahli keluarga sendiri dengan memperkenalkan konsep keuntungan dikongsi bersama. Kalau kita sebagai majikan menghargai jasa staff kita, PASTI mereka juga akan menghargai kita!”

SALUTE!