, ,

HANGMAN’ LATIFF…TUKANG GANTUNG PALING ‘LEGEND’!

Hari ni aku nak bercerita mengenai tukang gantung, jawatan paling ngeri yang ada di Malaysia, mahupun seluruh dunia rasanya!

Aku difahamkan, adakalanya Jabatan Penjara Malaysia pun ‘pening kepala’ untuk mencari pegawai dan anggotanya yang sanggup untuk melakukan tugas yang cukup mencabar MENTAL ini.

Namun begitu, nak tak nak ‘jawatan’ itu perlu diisi. Yang pasti, bukan calang-calang orang yang boleh melaksanakan hukuman berat tersebut.

Antara ‘tukang gantung’ yang pernah dilahirkan oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah Tuan Abd Latiff Hussain.

Beliau sudah pun bersara sekitar tahun 1995 dengan jawatan terakhirnya adalah Pengarah Penjara Marang.

Beliau pernah ditanya seorang wartawan yang menemubualnya lebih 20 tahun lalu tentang berapa ramai banduan yang telah beliau gantung sampai mati?

Latiff yang ketika bertugas sebagai pegawai di Penjara Taiping hanya menjawab:

” Jumlah banduan yang telah saya gantung mungkin LEBIH daripada apa yang anda bayangkan! ”

Ketika berkhidmat, Latiff ditugaskan untuk menggantung banduan di Penjara Taiping, Sarawak dan Sabah.

Selain daripada menjalankan tugas tukang gantung, Latiff juga adalah pegawai sebat yang menjalankan hukuman sebat ke atas banduan.

Gantung DAN Sebat.

Yang ini baru lejen!