, ,

AZMAN SHAH PEMILIK HOTEL HOLIDAY VILLA

Hari ini aku nak cerita pula kisah kegigihan sepasang suami isteri ‘orang kita’ sebenarnya tetapi perniagaan mereka dah lama terkenal di peringkat antarabangsa, cuma kita saja yang tak tahu. Maklumlah, orang kita kebanyakannya hanya kenal Syed Mokhtar saja, seolah-olah Syed Mokhtar saja orang Melayu yang berjaya di negara kita.

Begini, rasanya korang mungkin pernah dengar Hotel Holiday Villa bukan? Hotel Holiday Villa kini dah berjumlah 30 buah dan telah dibuka di 12 buah negara di seluruh dunia. Selain Malaysia, mereka telah beroperasi di Indonesia, Cambodia, Vietnam, China, Qatar, Sudan, Bahrain, Saudi Arabia, Peranchis, United Kingdom and Switzerland. Mungkin kita ingat Holiday Villa merupakan sebuah rangkaian hotel antarabangsa yang dimiliki pengusaha Barat bukan? Salah. Pemiliknya adalah anak Melayu yang bernama Azman Shah Haron! Kisah ini aku tahu sewaktu menginap di Hotel Holiday Villa Bali tahun lalu.

Pada tahun 1987, Azman dan isteri kesayangannya, Marvis Masri membuka hotel pertama mereka di Cherating, Pahang. Dari situ Azman dan Marvis tidak lagi menoleh ke belakang. Mereka mula mengorak langkah membuka lebih banyak hotel, dari satu kawasan ke satu kawasan, dari tanah air ke bumi Asia Tenggara, dari bumi Asia Tenggara ke rantau Timur Tengah hinggalah ke Eropah!

Dalam diam, mereka kini adalah ‘taukeh’ kepada lebih 5,000 pekerja yang datang dari pelbagai negara di dunia. Kesemua hotel mereka sama ada di dalam mahupun di luar negara menghidangkan makanan halal. Kedua-dua suami isteri ini sebenarnya bukan pendatang baru dalam bidang perhotelan. Azman dan Marvis berkelulusan dalam bidang perhotelan dari luar negara dan telah berkecimpung dalam industri ini telah lama sebelum mengambil keputusan untuk membuka hotel mereka sendiri.

Syabas Tan Sri Azman Shah dan Puan Seri Marvis Masri yang ‘humble’ dan ‘low profile’ – SALUTE!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *