, ,

MASIH INGAT PADA SIDI ORAZA? KINI DAH JADI USAHAWAN BERJAYA

Hari ini bepeluang hadir sesi perkongsian ilmu dalam slot #CEOBreakfastTalk anjuran #SMECorp dan #PPIPTUniMAP.

Menariknya perkongsian ilmu pagi ini disampaikan oleh Dato’ Syed Osman Syed Rastan, atau nama glamernya “Sidi Oraza” CEO Diversatech (M) Sdn. Bhd.

Aktor yang pernah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia melalui filem Layar Lara dan Sayang Salmah itu tidak pernah kesal meninggalkan karier seninya sewaktu berada di puncak populariti untuk menjadi seorang usahawan.

Memetik kata-kata beliau sebentar tadi :

“Saya berasal dari keluarga susah namun itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Saya masuk bidang seni tanpa sebarang ilmu dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yg terbaik dalam bidang tersebut.

“Sewaktu berada di puncak kegemilangan – menerima tawaran berlakon di luar negara, saya putuskan untuk meninggalkan bidang seni sepenuhnya. Ramai yang kata saya bodoh kerana meninggalkan kerjaya saya terutama apabila menolak tawaran lakonan tersebut tetapi saya ada impian saya sendiri.

“Saya kemudiannya pergi ke China untuk mendalami ilmu perniagaan dan Alhamdulillah perniagaan yang saya usahakan kini meletakkan saya pada kedudukan saya hari ini,” ujar beliau yang mendapat idea memulakan perniagaan baja sewaktu di atas kapal terbang sekembalinya dari China.

======================================

Tips dari beliau tadi :

1) Kena mahir matematik sebab business is all about numbers.

2) Kuasai ilmu pemasaran – kuasai informasi produk, kuasai produk-produk seangkatan (competitors) dan kuasai skil menjual (selling skills).

3) Hindari penggunaan kata-kata negatif dalam kehidupan seharian.

4) Tetapkan sasaran – sasaran bermula dari angan-angan. Jadikan angan-angan itu realiti.

5) Fokus kepada “sustainable” dalam perniagaan.

CEO Breakfast Talk,
Ind-E-Zone, PTFSP
UniMAP Perlis.
19 Mei 2017.

(sumber Facebook Suhana Mutalib)