, ,

MENDIANG TAN SRI P.G LIM, INILAH DUTA WANITA PERTAMA MALAYSIA!

Wanita yang lebih dikenali dengan nama P.G. Lim ini lahir di Britain pada tahun 1918 dan merupakan salah seorang wanita pertama Malaysia yang mendapat kelulusan Master dalam bidang undang-undang dari Universiti Cambridge.

Salah satu kes terkenal yang dikendalikannya adalah pada tahun 1948, mewakili Lee Meng, seorang gerila yang ditahan di Perak di atas dakwaan terlibat dalam kegiatan komunis.

Beliau juga mewakili 11 remaja yang dijatuhkan hukuman mati kerana dituduh bersubahat dengan penceroboh warga Indonesia dan memiliki senjata api ketika Konfrontasi 1968.

Lim, yang memenangi Anugerah Merdeka pada tahun 2009, juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada beberapa kesatuan yang tidak mampu untuk mengupah khidmat peguam dan beliau selalu memperjuangkan golongan yang kurang bernasib baik.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George, mengimbas kembali saat sebagai seorang pelajar di mahkamah pada tahun 1956.

“Saya selalu mengikuti beliau ke seluruh negara dengan membawa beg beliau dalam mahkamah. Saya sedar beliau seorang peguam yang hebat. Beliau seorang pejuang yang tidak gentar,  panas baran dan kurang sabar, namun bekerja keras. Darinya, saya belajar untuk tumpukan kepada isu yang sebenar dan bukan sekelilingnya.

Ernest Devadason, seorang peguam yang sudah bersara, juga teringatkan tugasnya yang pertama, ketika bekerja di firma milik Lim : “Asas yang dia berikan kepada saya sebagai peguam muda ketika itu adalah yang terbaik dan menjadikan kedudukan saya lebih kukuh.”

Apabila Parlimen digantung selepas rusuhan pada tahun 1969, Lim adalah salah satu dari dua wanita yang dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Negara yang mengesyorkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun  1970.

Pada tahun 1971, Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau sebagai Timbalan Wakil Tetap di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan pangkat duta.

Bekas Setiausaha Agung Wisma Putra, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar ketika itu bertugas di New York.

“Pengetahuannya dalam bidang undang-undang banyak membantu kami dalam memahami bagaimana kami boleh maju ke depan,” katanya.

“Beliau pada masa itu mengendalikan bahagian ekonomi dan sentiasa peka dengan banyak isu serta mampu memberikan jawapan yang betul selalunya.”

Lim kemudian berkhidmat sebagai duta ke Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah, kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah, dan pengarah Pengarah Pusat Serantau Kuala Lumpur bagi Timbangtara sebelum bersara pada tahun 2001.
.

Beliau meninggal dunia di Perth, Australia, semalam pada usia 96 tahun.

Lim meninggalkan seorang anak lelaki Wee Han Kim, seorang anak perempuan Caryn Lim, dan dua orang cucu.

Salut Tan Sri P.G Lim!