,

PROF HARITH…INILAH ‘EINSTEIN’ MALAYSIA

Aku berani bet, 99 percent rakyat Malaysia tak kenal ‘pakcik. Pakcik ni aku ingat kalau lalu depan Kamdar orang mungkin ingat dia salah seorang daripada peniaga Bazar Ramadan kat Masjid India…maklumlah rambut tak bersikat, jambang tak terurus.

Hakikatnya lelaki ini telah dinobatkan sebagai Profesor Ulung selepas beliau menerima beberapa siri anugerah antaranya Anugerah Sains dan Teknologi Asia dan Anugerah Merdeka atas sumbangan beliau terhadap Sains.

Beliau adalah profesor fizik Universiti Malaya yang berkelulusan Phd dalam Teknologi Laser dari University of Wales, seorang saintis dan inovator yang memiliki 10 paten bersama dengan Telekom Malaysia!

Meskipun sudah berusia 60 tahun, Prof Datuk Harith Ahmad tetap meneruskan pengajaran dan penyelidikan di Jabatan Fizik di Universiti Malaya dalam bidang fotonik iaitu sains penghasilan dan memanipulasi cahaya. Kajian beliau termasuklah menghasilkan fabrikasi laser keadaan pepejal semikonduktor terpam dan membangunkan teknik bagi mengkaji laser graf bayang (serius aku pun tak faham apa benda alah ni).

Di saat orang memuja Albert Einstein, Prof Harith pula mendakwa ia terlalu ‘overated’, malah baginya Max Planck dan Louis de Broglie lebih hebat dalam bidang fizik (eleh, confirm korang pun tak kenal hehehe)

Beliau digelar “Albert Einstein” oleh rakan sekerja dan pelajarnya kerana gaya rambut serta minat beliau dan bidang sains.

Prof Harith, anak kelahiran Alor Setar, Kedah merupakan warga Malaysia pertama yang mendapat latihan dalam bidang sains fotonik. Beliau telah menyumbang kepada pembangunan sektor telekomunikasi melalui jalinan kerjasama akademik dengan industri semenjak Rancangan Malaysia Ke-7.

Beberapa projek kebangsaan tercetus melalui idea awal Prof Harith dan yang terkini termasuk inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi.

Kecemerlangan beliau dalam akademik juga terserlah melalui penghasilan lebih 520 artikel dalam jurnal dan beberapa paten yang difailkan.

 

Terbaiklah!