,

WANITA MELAYU BAKAL PRESIDEN SINGAPURA

Dalam bulan September tahun ini, Singapura dijangka akan melantik seorang Presiden baru. Singapura melantik Presiden mengikut giliran etnik.

Pada tahun ini, giliran etnik Melayu dijangka akan dilantik sebagai Presiden Singapura.

Beberapa calon Melayu telah ditampilkan, tetapi calon yang paling menonjol dan popular ialah Puan Halimah Yacob.

Beliau kini adalah Speaker Parlimen Singapura dan wanita pertama yang diangkat ke jawatan tersebut sejak tahun 2013.

Mungkinkah beliau akan melakar satu lagi sejarah sebagai Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura?

Sekiranya beliau dilantik sebagai Presiden, beliau bukan saja merupakan Wanita Melayu yang pertama dilantik selaku Presiden Singapura, tetapi juga Wanita Singapura yang Pertama diangkat ke jawatan tersebut.

Segala-galanya akan terjawab menjelang bulan September 2017.

Puan Halimah Yacob, 62 tahun, adalah seorang peguam berkelulusan LLB, LLM dan Doctor of Law National University of Singapore.

Sebelum ini beliau aktif dalam aktiviti Kesatuan Pekerja dan sering menghadiri Persidangan ILO di Geneva, Switzerland. Kelulusan dan pengalaman luas tersebut sudah cukup untuk melayakkan beliau memikul tugas yang lebih berat dan mencabar sebagai Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura.

Dengan pelantikan beliau selaku Presiden Singapura, perhubungan Singapura dengan dunia Nusantara dan antarabangsa dijangka akan menjadi lebih akrab.